Sunday 27 November 2011

Saiz video (kecilkan atau besarkan)...


Untuk membuat PERUBAHAN saiz video anda, sila lihat pada "edit HTML"...bahagian Edit Post @ New Post...

Pada bahagian "Edit HTML" terdapat scripting, dimana ia ada nyatakan width dan height seperti berikut:

<embed width="250" height="150"  src="http://www.youtube.com/v/4sHOH_zsRl4&fs=1&source=uds" type="application/x-shockwave-flash"></embed></object></div>

Cuba ubah nombor pada width dan height berikut...mengikut kehendak anda...

Selamat Mencuba :)...

Terima kasih....

Saturday 12 November 2011

Maklumat ttg Pemarkahan KRT 3013...Sila BACA RI dlm MyGURU

PENILAIAN PELAJAR :

            Kerja Kursus                                                                                                60%
Tugasan 1A: Perbincangan Forum                                                               10%
Tugasan 1B: Esei                                                                                          20%
            Tugasan 1C: Pembangunan Blog                                                                 30%
            Peperiksaan Akhir                                                                                    40%       
    
Jumlah                                                                                                          100%

SILA ALERT DENGAN PEMARKAHAN SUBJEK ANDA. 
JANGAN KELIRUKAN DIRI ANDA.


Terima kasih 
Pensyarah KRT3013

Wednesday 9 November 2011

Pelajar-Pelajar PJJ (b09-b16,t01,t02)- ETIKA emel

Assalamualaikum wbt. & Selamat Sejahtera,

ETIKA BER-emel....

Saya ingin maklumkan etika ber-emel untuk menghantar tugasan anda atau ingin membuat pertanyaan.

Saya berpendapat saya tidak perlu memaklumkan kepada pelajar pelajar yang bergelar guru tetapi ada juga yang tidak faham etika ber emel.

MOHON anda nyatakan SIAPA ANDA, NO MATRIK, dan KUMPULAN MANA apabila anda menghantar emel.  JANGAN BIARKAN KOSONG...Kalau KOSONG, markah PUN KOSONG, anda bersetuju???

NAMA SAMARAN (CONTOH).... seperti CikguSiti/ Along/ KakYam/ Ustazah/....SAYA TIDAK TAHU SIAPA......

SEKIRANYA anda MENYUSAHKAN saya untuk memberi markah, saya akan kurangkan markah anda.

Agaknya guru guru zaman sekarang sudah kurang nilai murni dan beretika?

Pensyarah KRT3013

Pertanyaan ttg tugasan KRT3013?

Adakah anda sudah berpuas hati dengan usaha anda berforum?


Adakah anda berpuas hati dengan tugasan esei?


Adakah anda telah berusaha untuk membuat tugasan blog pengajaran dan pembelajaran?

Sila buat check list sebelum:

TUGASAN BLOG di hantar melalui emel SISWA pada 12 Dis. 2011!

Seperti biasa, SILA PRIVATE MESSAGE saya bila ANDA MENGHANTAR TUGASAN FINAL.


Kali ini, SAYA TIDAK MAHU BACA ALASAN emel SISWA anda TIDAK BERFUNGSI.

Sila pastikan broadband anda, internet anda dan kesihatan anda dalam keadaan baik.
Alternatif lain, JANGAN BUAT KERJA MINIT AKHIR & EMEL SAAT AKHIR.

InsyaAllah.

Pensyarah KRT3013 (b09-b16, t01,t02)

KRT 3013-Teknologi Maklumat Sekolah Rendah

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera pelajar PJJ,

Saya ingin memaklumkan bahawa tugasan Forum & Esei sudah selesai.
Sila buat yang terbaik untuk blog anda. Sila kemas kini maklumat/ bahan2 PnP anda.

Pensyarah KRT3013

Warna






































































































































































































Kode warna yang terpilih :

 Pilihan warna yang bersesuaian, mungkin anda boleh gunakan untuk perubahan warna blog anda.

Wednesday 2 November 2011

Import Video dari Youtube...



Import video dari youtube....cari html di bahagian "embed"....

Good Luck!

Tugasan KRT3013-Forum (10%)

Selamat Sejahtera Pelajar Sekelian,

Bahagian FORUM, anda sudah tidak perlu lagi memberi pendapat anda.
Saya sudah memberi markah secara rasmi pada 1 Nov 2011.

Terima kasih,
Pensyarah KRT3013 (b09-b16,t01-t02)

Wednesday 26 October 2011

Tugasan KRT3013 1B- Esei (20%)- Tarikh Akhir 7 Nov. 2011

Salam Sejahtera,


Ini adalah tugasan Esei sebanyak 20%.

1. Esei perlu ditulis berkaitan isu yang telah ditetapkan.
2. Sila buat ULASAN yang BERNAS ttg tajuk yang diberikan.
3. Hendaklah ditulis dalam 4-5 mukasurat.
    (Tidak termasuk mukasurat rujukan/bibliografi)
4. Hendaklah ditulis saiz 11, font Arial/ Times New Roman dan 1.5 spacing.
    Sekiranya terlalu banyak bahan-bahan yang ingin ditulis, cuba masukkan bahan
    yang penting sahaja.

***AMARAN => JANGAN HANTAR LEWAT!
                         => SILA HANTAR KE EMAIL yang 
                              TELAH DIMAKLUMKAN dlm MyGURU!

Good Luck! :)

Rujukan SOALAN Esei KRT3013:


Tugasan 1B: Esei (20%) – Gmail                    Tarikh akhir: 07 Nov. 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki menulis esei berdasarkan persoalan berikut. Esei yang telah sempurna hendaklah diemelkan kepada pensyarah masing-masing menggunakan alamat emel yang diberikan berdasarkan kumpulan anda. Esei perlu ditulis antara 4 hingga 5 muka surat sahaja dalam format *.pdf, *.doc atau mana-mana format yang bersesuaian. Pemarkahan bagi tugasan ini adalah berdasarkan kandungan serta kupasan esei yang ditulis. 
Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut:

1.     Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah.

2.     Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah dalam (1).



Panduan: Anda boleh menggunakan Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Threats, Opportunities) untuk membantu jawapan anda.. 

UPLOAD POWER POINT dalam Blog =>CONTOH

Educational multimedia

Ini adalah powerpoint slide yang telah di uploadkan dalam blog.
Cara cara untuk uploadkan powerpoint:

1. Sila sediakan bahan powerpoint anda dalam komputer.

2. Sila layari http://www.slideshare.net/ untuk upload powerpoint.  Jika TIADA akaun SLIDESHARE, sila buat akaun baru.
3. Sila uploadkan powerpoint anda dalam slideshare mengikut arahan yang diberi.
4. Kemudian ada satu perkataan "EMBED"...Sila copy URL berkaitan dan paste pada EDIT HTML (sebelah Compose) di bahagian POSTING dalam BLOG anda.
5. Sila PUBLISH POST anda. Lihat pada Preview.

Good Luck!


Tugasan KRT3013 1B-Forum (10%)

Salam Sejahtera.....

Ini adalah blog berkaitan dgn KRT3013. Pertama sekali adalah ttg tugasan Forum. Pelajar telah diberikan satu tempoh untuk membuat perbincangan Forum berdasarkan satu topik yang telah diberikan oleh pensyarah. Pelajar pelajar PJJ seharusnya bertanggungjawab atas penglibatan Forum sebanyak (10%). Seperti biasa, ada di kalangan pelajar PJJ yang tidak kisah ttg tugasan mereka sehingga mereka diberitahu markah yang akan diberikan 0. Pelik tapi Benar! Guru yang berpengalaman dalam PJJ yang sudah berada dalam Semester 2 PJJ.

1. Pertanyaan pelajar: Tarikh akhir Forum?
    Jawapan pensyarah:Telah dinyatakan dalam panduan tugasan Forum. (Lanjutan tarikh bergantung pada situasi kumpulan PJJ)

2. Pertanyaan pelajar: Berapa banyak kali kena "hit"/ memberi respons/ untuk mencapai 10 markah?
    Jawapan pensyarah: Saya akan menilai ulasan yang bernas dan setimpal apabila perbincangan Forum dilakukan.Tiada had respons pelajar untuk mendapatkan 10% markah Forum.

3. Pertanyaan pelajar: Ada Forum lain @ terbaru?
    Jawapan pensyarah: Tiada.

Akhir kata, SESIAPA yang tidak aktif dalam Forum @ BARU nak aktif di mana dalam ANNOUNCEMENT telah dinyatakan nama nama mereka, saya tetap berikan penalti.....

GOOD LUCK!