Tugasan KRT3013-Blog PnP (30%)-Tarikh akhir: 12 Dis 2011

Salam Sejahtera,

Bahagian ini adalah tentang 1C-Blog. Blog yang seharusnya "dibangunkan" untuk pengajaran & pembelajaran di sekolah. Banyak soalan yang ditanya ttg Blog, dan pensyarah berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka.

1. Pertanyaan pelajar: Apakah bahan bahan PnP yang seharusnya masuk dalam Blog?
   Jawapan pensyarah:  Bahan-bahan PnP yang berkaitan dgn silibus yang anda mengajar di sekolah. 
   Ttg   opsyen anda, terpulang, asalkan bahan bahan mencukupi untuk buat satu Blog PnP anda....

2. Pertanyaan pelajar: Seharusnya atau harus setiap hari masukkan bahan bahan Blog dalam blog?
   Jawapan pensyarah: Saya bentangkan satu senario: Anda sebagai guru seharusnya mengajar pelajar-pelajar anda ttg topik/ subtopik yang berkaitan silibus sekolah, BENAR? Kalau anda seharusnya MENYEDIAKAN bahan pengajaran setiap hari, MAKA BLOG pun begitu juga. Saya berpendapat, penggunaan Blog TIADA BEZAnya kecuali menggunakan medium TEKNOLOGI. Pelajar-pelajar ATAU orang lain (guru/orang biasa)....mungkin dapat mempelajari sesuatu dari anda....Fikirkan bagaimana? Saya ingin lihat sejauh mana komitmen anda semua terhadap Blog PnP, dan mudahan Blog anda boleh di gunakan sehingga bila bila masa.

3.  Pertanyaan pelajar: Bahasa yang diterima @ digunakan?
     Jawapan pensyarah: Bahasa Malaysia @ Bahasa Inggeris. Kalau saya menilai, seharusnya, Bahasa yang boleh semua pengguna faham dan biarlah....menggunakan satu Bahasa...Kalau TEMAnya, HEALTH...tiba tiba ada plak ttg PEMAKANAN, tiada relevan dari sudut Bahasa. JANGAN KELIRUKAN pembaca anda (pelajar/guru/ orang biasa).
4. Pertanyaan pelajar: Kenapa tidak menggunakan WIDGET/GADGET yang ada "Mr Bean@ Teddy Bear@ Animal@ lain lain karakter?" Yang bertanya...ttg follower.....
    Jawapan pensyarah: BAGI saya, SUKAR untuk MEMBACA BAHAN BLOG ANDA. Widget tersebut, MENGHALANG pembacaan orang yang ingin melihat blog anda.

5. Pertanyaan pelajar: DESIGN yang sesuai? WARNA yang sesuai? Teks yang sesuai?
    Jawapan pensyarah:
1. DESIGN memang subjektif. Memandangkan ini adalah untuk PnP dan topik2 yang berbeza, saya akan lihat SATU-PERSATU. Kalau boleh, biarlah DESIGN yang SIMPLE tapi MENARIK. Tidak terlalu CROWDED dengan GAMBAR GAMBAR yang tiada kaitan. INGAT! Kita ingin hasilkan BLOG yang memudahkan pengguna MEMBACA, bukan MENYUKARkan mereka membaca.  

2. WARNA: GELAP/ HITAM atau KELABU, saya berpendapat tidak sesuai untuk PnP. Warna yang ceria yang anda rasa MATA SESIAPA TIDAK akan SEKSA bila melihat blog anda.
3. TEKS: SILA PASTIKAN, TEKS yang anda gunakan BERSESUAIAN dengan TAJUK, SUB TOPIK, ARAHAN SOALAN.....dan lain2. Sudah semestinya menggunakan TEKS BERBEZA SAIZ, FON. Kalau SEKADAR ARAHAN MUNGKIN WARNA TEKS BERBEZA, untuk nyatakan PENTING.....UNTUK DIBACA......

4. KOMEN PENSYARAH ttg LAGU2 yang di letakkan dalam Blog......Saya tanya kembali kepada ANDA....PERLU KE LAGU DIMAINkan ketika contohnya...PELAJAR ANDA SEDANG MEMBACA/ MEMPELAJARI TATABAHASA dalam BLOG ANDA? LAGU ROCK yang dimain...SESUAI atau TIDAK? Semua perkara yang ANDA LETAKKAN mesti ada SEBAB!!!

5. Video atau gambar yang telah diletakkan dalam Blog, sila nyatakan SUMBER nya sebelum ANDA akan dilabelkan mengambil BAHAN ORANG LAIN, KECUALI ANDA SENDIRI membuat bahan tersebut.....ADA ETIKA nya.....

AKHIR KATA, Saya harap ini dapat membantu pelajar-pelajar MEMBUAT Blog secara berkualiti, maksudnya dengan KEMAHIRAN dan ILMIAH (PENGAJARAN & PEMBELAJARAN)....biarlah, SEIRING SEJALAN....:D

GOOD LUCK!

INI ADALAH LINK kepada TUTORIAL BLOG yang BOLEH BANTU ANDA!

Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) - Blogger (link blog diletakkan di MyGuru Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog:
KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
10
Senireka blog serta daya tarikan
10
Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam blog seperti video, animasi dan sebagainya
10
JUMLAH
30