Wednesday 26 October 2011

UPLOAD POWER POINT dalam Blog =>CONTOH

Educational multimedia

Ini adalah powerpoint slide yang telah di uploadkan dalam blog.
Cara cara untuk uploadkan powerpoint:

1. Sila sediakan bahan powerpoint anda dalam komputer.

2. Sila layari http://www.slideshare.net/ untuk upload powerpoint.  Jika TIADA akaun SLIDESHARE, sila buat akaun baru.
3. Sila uploadkan powerpoint anda dalam slideshare mengikut arahan yang diberi.
4. Kemudian ada satu perkataan "EMBED"...Sila copy URL berkaitan dan paste pada EDIT HTML (sebelah Compose) di bahagian POSTING dalam BLOG anda.
5. Sila PUBLISH POST anda. Lihat pada Preview.

Good Luck!


9 comments:

  1. TQ Cik Emily. Saya dah cuba buat utk blog pintartatabahasa dan berjaya. Terima kasih banyak.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana pula sekiranya kita ingin meletakkan video, contohnya yg diambil dr youtube ?

    ReplyDelete
  3. Norhayati: Alright, all the best!

    Cikgu Ct: Sudah ada ikon yang akan LINK pada video dr youtube kan? Sila lihat pada POST...dan lihat satu persatu...ikon yang ada....

    ReplyDelete
  4. Terima kasih daun keladi.Semuanya sangat membantu.Saya diibaratkan pantun buah cempedak di luar pagar...masih mencari-cari dan mengumpul ilmu untuk dicuba.

    ReplyDelete
  5. Semuanya bergantung pada usaha individu. InsyaAllah, berkat cuba jaya. Usaha pun kena lebih. :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum cik Amily,

    Saya sudah cuba hingga langkah ke 3. Tapi bila nak upload bahan ke slideshare, tidak berjaya. Failed. Adakah bahan saya itu terlalu besar MBnya? Boleh saya hantar bahan itu kepada cik Amily untuk semakan? Saya akan hantar menggunakan email amily@upsi.edu.my

    ReplyDelete
  7. Terlalu besar. Jangan emelkan/ SESAK kan emel upsi saya....Saya tidak akan terima. Kalau tugasan selalunya HANTAR ke mana? Hantar ke emel SISWA...atau nyatakan dalam MyGuru. SESIAPA yg sesak kan emel UPSI saya, saya akan penalti.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum salam sejahtera..
    Mohon bimbingan Cik Amily dan rakan-rakan tentang upload power point ke blog.Saya telah mencuba 2 kali upload dan berjaya namun malangnya paparan susunan tulisan tidak sama dengan yang asal.Sukar dibaca dan tidak teratur. Bagaimana langkah terbaik untuk saya mengatasi masalah ini. Saya sedang bersemangat untuk memasukkan power point ke dalam blog saya.Terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu kerana sudi membantu.

    ReplyDelete
  9. baru saya jumpa tutorial ni..aduhai, masih belum terlambat. 3 hari lg.

    ReplyDelete